assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Sunday, November 20, 2011

Adat Melayu Yang Kian Di Lupakan



-Adat Melayu Yang kian Di Lupakan-
  
Semakin pantas masa bergerak, semakin pantas juga adat yang semakin kita lupakan dan adat juga makin lapok di telan zaman oleh generasi muda sekarang. Kalau tiadanya golongan veteran ini siapa lagi yang akan mengembangkan adat kepada generasi akan datang. Bangsa Melayu juga yang terkenal dengan adat yang turun temurun. Bak kata pepatah Laksamana Hang Tuah yang juga menaikkan martabat Melayu di zaman Kegemilangan Kesultanan Melaka pada suatu ketika dahulu iaitu ‘ Takkan Hilang Melayu Di Dunia’. Memang Benar, takkan hilang bangsa Melayu, tapi bagaimana pula dengan adatnya? Agamanya?

                                                Gambar: Band pemuzik

Sebagai Contoh adat Melayu dalam Perkahwinan. Penulis berkesempatan bertandang ke Majlis perkahwinan sepupu penulis di kampung halaman penulis pada 20 November 2011. Yang menariknya, Majlis perkahwinan kali terakhir sebelum Majlis perkahwinan kali ini di adakan di rumah ini ialah semasa  lebih kurang 21 TAHUN yang lalu iaitu Majlis Perkahwinan ibu bapa penulis sendiri. Entri kali ini penulis ingin berkongsi kaitan perkahwinan Melayu dan juga keunikannnya yang jarang-jarang kita sebagai generasi muda ini melihatnya. Memang sudah menjadi satu kepastian setiap negeri juga ada adat yang berlainan. Negeri Sembilan dengan adat Minangkabaunya, Melaka dengan adat yang kaya dengan pantunnya, dan juga campuran budaya Bugis, Jawa, Banjar dan lain-lain, yang penting semuanya seRUMPUN. Rumpun Melayu.

                                              Gambar: pencak silat pengantin

1. Budaya Pencak Silat Pengantin

Pencak Silat di pertontonkan di hadapan pengantin dan di lakukan oleh keluarga pengantin atau orang lain yang bertandang serta mahir bersilat.

2. Budaya Berbalas Pantun

Kebiasaanya, keluarga pengantin perempuan akan menjual pantun kepada keluarga pengantin lelaki. Keunikan berbalas pantun ini yang nampak menarik. Budaya ini menjadi satu kepastian bagi majlis perkahwinan di negeri Melaka.

3. Budaya Membayar Tol

Tidak semua tempat melakukan budaya sebegini, sebelum pengantin lelaki memasuki rumah pengantin perempuan selepas  berarak, pintu masuk atau pintu pagar telah di kepung oleh keluarga pengantin perempuan. Pengantin lelaki perlu membayar tol, barulah pengantin lelaki boleh masuk ke dalam rumah pengantin perempuan itu. Mungkin juga situasi ini berlaku selepas berbalas pantun oleh pihak pengantin lelaki dan perempuan.

4. Budaya Bersanding

Pengantin lelaki dan perempuan di sandingkan untuk upacara menepung tawar. Akan tetapi ada yang mengatakan dalam Islam tidak menganjurkan budaya bersanding ini. Ia bertentangan dengan syarak. 

5. Berarak Dengan Paluan Kompang

Pengantin lelaki atau kedua-dua pengantin di arak dengan paluan kompang. Penulis tidak pasti sama ada pengantin lelaki sahaja atau kedua-dua pengantin di arak. Mungkin juga berubah mengikut sesuatu budaya di dalam sesebuah negeri. Paluan kompang daripada band muzik yang di jemput menggantikan berarak dengan paluan kompang. Mungkin juga resepsi perkahwinan kali ini ingin mencuba kelainan.

                                              Gambar: Pengantin lelaki membayar tol 

Selain itu, adat Melayu yang menjadi turun temurun sehingga sekarang ialah semangat muhibbah dan bekerjasama sesama komuniti masyarakat untuk menjayakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Semangat ini dapat di lihat di kampung-kampung. Budaya ‘rewang’ sememangnya menjadi satu kepastian bagi penduduk kampung sebelum majlis perkahwinan. Walaupun penulis tidak serajin mana, terima kasih kepada SANAK SAUDARA dan orang-orang kampung  yang membantu membasuh pinggan cawan dan menyediakan makanan kepada tetamu semasa hari majlis walimatulurus. Ke mana golongan belia kampung? Mungkin mereka sibuk dengan kerjanya. Wallahualam.

                                              Gambar: Pengantin lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan

Sudah terang lagi bersuluh, bangsa Melayu ini kaya dengan adatnya selain budi bahasa yang mencerminkan tatasusila bangsa Melayu itu sendiri. Semangat kerjasama sesama ahli komuniti secara langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat setempat dan saudara mara. Sifat buruk sangka dan hasad dengki serta mengata keburukan orang lain juga perlu di jauhi kerana ia mungkin juga memudarkan semangat kemasyarakatan yang sudah terjalin sekian lama.


p/s: keluarga penulis tinggal di rumah ini sejak lahir sehingga berumur 17 tahun bersama arwah nenek penulis sebelum rumah ini didiami oleh keluarga mak saudara penulis. Selepas kematian arwah nenek penulis, keluarga berpindah ke teratak baru di pekan Bukit Kepong, Muar, mungkin begitu banyak nostalgia mengenai rumah ini bagi penulis.

1 comment:

  1. bukan xbleh sanding...tp kne dpn family and kaum kerabat terdekat je..ps2 klu nk sanding jgn makeup over sgt....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan