assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, November 14, 2011

Sejarah Penubuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)





-Sejarah Penubuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti-


Sejarah AUKU


Peningkatan kesedaran berpolitik, impak peristiwa 13 Mei dan pengaruh parti luar ke dalam pertubuhan pelajar membimbangkan kerajaan. Kerajaan berkeputusan mengawal aktiviti politik di kampus. AUKU diwartakan pada 24 Februari 1971 dan diluluskan oleh parlimen pada 17 Mac 1971 dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 29 April 1971. Kebangkitan pelajar pada tahun 1974 secara militan dan radikal mendesak kerajaan melakukan pindaan pada AUKU. Pada 8 April 1975, Dr. Mahathir Mohamad mengusulkan agar AUKU dipinda dan ianya dikuatkuasa pada 12 Mei 1975.

Pengarahan kepada AUKU berlaku apabila kerajaan menegaskan pelajar tidak dibenarkan bergabung atau menyokong mana-mana parti politik dan kesatuan sekerja. Penegasan ini merupakan satu kesedaran kerajaan bagi mencegah ketidakstabilan melalui perundangan. Larangan ini termaktub dalam Undang-undang Darurat (kuasa perlu) no. 74, Artikel 150 (2) yang dipinda pada 18 Februari 1971. PMUM membantah perundangan ini, Jai Mohan (Setiausaha Agong) menjelaskan larangan ini akan menjauhkan pelajar dengan rakyat dan menyekat idea pelajar untuk menyumbang ke arah pembangunan. Sokongan pihak pelajar kepada mana-mana pertubuhan politik tidak bermakna pelajar menyokong pertubuhan politik tersebut.

AUKU diusulkan setelah kegagalan Akta Universiti Malaya 1961 yang tidak berkesan mengekang peranan pelajar terutamanya keterlibatan pelajar dalam pilihanraya 1969. Para pimpinan parti oposisi dan pelajar membidas AUKU terutamanya Bahagian III (fasal 15 dan Fasal 16) dan Bahagian V (Seksyen VI Fasal 48, Seksyen VI Fasal 50 dan Seksyen VI Fasal 51). Di Parlimen, Dato Asri meminta AUKU ditangguhkan manakala Lim Kit Siang dan Dr. Tan Chee Khoon mempersoalkan prosedur penubuhan persekutuan pelajar peringkat nasional dan antarabangsa. Kerajaan bersedia melonggar perkara tertentu dalam AUKU tetapi AUKU perlu diteruskan bagi menghalang anasir-anasir subversif dalam gerakan pelajar.

Pada 6 Julai 1971, PBMUM dan PKPM menghantar memorandum kepada kerajaan. Gan Yap Swe, Setiausaha Agung PKPM dan Noordin Razak, Presiden PBMUM yang mewakili 15 pertubuhan pelajar menyatakan AUKU akan membantut pemikiran kritikal dan rasional pelajar. PMUM pula mengadakan forum pada 23 Ogos 1971 dan 9 Disember 1971 disamping sudut pidato pada 4 Disember 1971. Namun, reaksi pelajar tidak berjaya memujuk kerajaan menlonggarkan AUKU. 



                                               Sekadar Gambar Hiasan

Pada tahun 1975, kerajaan memugarkan kembali AUKU agar lebih tegas bagi mengekang budaya politik pelajar yang semakin radikal dan revolusioner. Perkara ini terbukti dalam tindakan pelajar sepanjang tahun 1974 terutamanya isu Tasik Utara dan Baling. Menurut Dr. Mahathir Mohamad, AUKU adalah alat mengekang pelajar daripada membuat kacau apabila sesi 1975/76 bermula. Usul agar pindaan AUKU 1975 ditangguh ditolak. Penolakkan penangguhan ini memulakan era baru bagi gerakan pelajar dalam perjuangan mereka.



Apa Kata Khairy?


                                                        Gambar: YB Khairy Jamaluddin



Khairy: AUKU halang ramai mahasiswa berpolitik

Mahasiswa yang diberi kebebasan untuk menceburi bidang politik diyakini tidak akan mengabaikan pengajian mereka, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ini kerana mahasiswa yang berpolitik mempunyai pandangan yang luas dan terbuka serta mempunyai sikap yang sihat.

"Saya aktif dalam bidang di luar akademik ketika di universiti tetapi saya juga beri tumpuan pada akademik malah ia bantu saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis.

"Kalau beri kebebasan pun majoriti pelajar universiti tidak minat politik, ia sebahagian kecil sahaja. Kita boleh beri nasihat supaya kalau mereka nak terlibat dalam politik keutamaan adalah pengajian mereka," katanya selepas merasmikan saringan zon tengah pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Canselor UiTM Datuk Prof Sahol Hamid Abu Bakar bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dipinda. Sahol Hamid dilaporkan berkata politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapatkan pekerjaan bagi menjamin masa depannya.



                                                          Sekadar Gambar Hiasan

Pemuda Umno sebelum ini dilaporkan meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini. Khairy berkata ramai mahasiswa yang ingin menyertai perjuangan Umno tetapi disebabkan kekangan undang-undang di negara ini mereka tidak dapat merealisasikan hasrat itu.

"Kita jangan fikir bila beri mereka peluang untuk berpolitik mereka akan terus anti-kerajaan atau menentang kerajaan. Mereka ada sikap sihat untuk soal dasar kerajaan tetapi ini tidak bermakna mereka menentang kerajaan, ramai yang punyai fikiran kritis tetapi sokong kerajaan," katanya.

Mengenai saringan pertandingan pidato politik, Khairy berkata ia diadakan mengikut zon dan terbuka kepada mahasiswa, profesional muda yang pernah terlibat dalam debat di universiti dan sekolah serta orang awam. Beliau berkata program anjuran unit pidato Pemuda Umno itu akan diteruskan di empat zon iaitu zon utara, selatan, pantai timur dan Sabah serta Sarawak.

Pertandingan akhir akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 29 Nov ini. Ini adalah salah satu pendekatan Pemuda untuk memberi ruang kepada mereka yang minat politik untuk mengetengahkan potensinya sebagai bakal pemimpin di masa akan datang, katanya.



P/S: Penulis hanya berkongsi artikel di atas dan untuk mengetahui apa yang di maksudkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menjadi isu sejak kebalakangan ini. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik.






Credit to: BernamaMahasiswa Menggugat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan