assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Sunday, November 13, 2011

Jangan Bertunang Terlalu Lama



-Jangan Bertunang Terlalu Lama-

TEMPOH PERTUNANGAN : MAKIN LAMA MASA BERTUNANG, MAKIN BANYAK, RINTANGAN, DUGAAN, CABARAN DAN AIRMATA YANG AKAN DIHADAPI

Membina gerbang perkahwinan melalui cinta pandang pertama, mahupun kedua, ketiga dan seterusnya merupakan impian bagi setiap pasangan yang bercinta, itu adalah objektif sebenar bagi pasangan yang benar-benar jujur dalam perhubungan.

Sebelum pasangan itu merealisasikan perkahwinan, setiap pasangan perlu melalui beberapa peringkat adat resam perkahwinan dalam masyarakat melayu iaitu merisik(meminang), bertunang dan seterusnya perkahwinan. Dalam melalui proses ini, pada peringkat pertunangan merupakan cabaran dan pelbagai dugaan yang harus ditempuhi.

Tidak semua pasangan yang bertuah melalui proses ini tanpa sebarang masalah kan? Apa yang  di perhatikan melalui perspektif di sekeliling penulis ialah, sesetengah pasangan yang bertunang itu, kebanyakan mereka tidak tahu bila mereka akan bernikah(berkahwin). Betul atau tidak?? perkara ini sudah menjadi trend pada pasangan sekarang, anda setuju atau tidak?

                                                          Sekadar Gambar Hiasan

Dalam tempoh bertunang itu, pelbagai masalah yang akan timbul, makin lama tempoh bertunang tu, makin banyak dugaan, rintangan yang perlu dilalui, Awas !!!”Darah tengah Manis”.Kekadang tu, orang disekeliling kita merupakan “duri dalam daging”. Golongan ini mampu menjadi pemangkin dalam kemusnahan ikatan pertunangan yang kita bina. Sebab dalam dunia ini wujud golongan yang tidak suka melihat kebahagiaan orang lain, jesteru itu kita perlu berhati-hati.

Mengenai hati dan perasaan, bila pasangan itu dah mencapai pertunangan maka, rasa sayang, kecemburuan menjadi lebih menebal, especially wanita, mereka pasti tidak dapat menahan desakan emosi mereka, jika seseorang itu menceritakan setiap keburukan yang pada tunangannya.”Tipu la kan kalau dia boleh tahan”jika melalui perkara ini, apa yang nak nasihatkan teguhkan lah hati itu, jangan biarkan hati anda dinodai, apa yang pasti jangan terlalu mengikut emosi dan nafsu, kelak merana diri. Pada saat ini sifat saling percaya dan mempercayai perlu ada dalam diri setiap pasangan.

Sebab itulah, tempoh pertunangan itu merupakan peranan penting dalam menuju gerbang perkahwinan, tak molek sangat betunang lama-lama, kalau kita ni insan yang bernasib baik tak pe la kan, bertunang bertahun-tahun tapi berjaya berkahwin, Kita tahu ker, kita mempunyai nasib yang baik?tak tahu kan. So,lakukanlah perancangan dengan teliti.

                                                            Sekadar Gambar Hiasan

Sebagai contoh ,pasangan yang terlalu lama sebab budget tak mengizinkan untuk dia melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu ikatan yang mereka bina selama ini terputus dek perasaan cemburu begitu sahaja, mereka sepakat bernikah dahulu, bab majlis perkahwinan belakang cerita. So simple jer kan?yang penting tu perancangan. Jangan terburu-terburu, tak payah la nak kalut bertunang sangat, kalau budjet tak cukup, terutamanya lelaki..

Tapi disebalik pertunangan ini ada juga kebaikan, dimana dalam tempoh pertunangan ini kita dapat menilai sifat pasangan kita, tapi kalau dah bercinta lama tu, mesti dah kenal hati budi pasangan masing-masing yer tak? so jangan terlalu berfikiran negatif terhadap pasangan.
Benar kata orang, Jodoh sudah ditentukan, tak akan lari gunung dikejar, tetapi kita sendiri yang merancang, kalau baik perancangan kita tu, baik lah hasil yang kita dapat, begitu lah sebaliknya, yer tak?


Credit to: Encik Nakal, Informasi.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan